ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Aug 06, 2025

BERKONGSI PAIP AIR DAN ALIRKAN AIR BERSIH KE PELOSOK NEGARA

RM646 / 6.46 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

41 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Setiap paip yang anda sumbangkan akan menjadi sadaqah jariyah, mengalir pahalanya selama air itu terus digunakan. Jom bantu!


Air bersih adalah keperluan asas setiap manusia. Namun, di beberapa kawasan pedalaman dan terpencil, akses kepada air bersih masih menjadi cabaran besar. Ramai keluarga masih terpaksa berjalan jauh setiap hari, menggunakan sumber air komuniti yang terhad hanya untuk mengisi baldi demi keperluan harian.



ASAR Humanity telah sekian lama membina telaga dan sistem bekalan air di pelbagai wilayah. Tetapi, masalah tidak selesai di situ, tidak semua rumah disambungkan dengan paip air, menyebabkan ramai masih bergantung kepada satu sumber air bersama. Melalui kempen ini, kami menyasarkan untuk membina dan memasang 1,000 unit paip air di rumah-rumah penduduk, agar mereka tidak lagi perlu berjalan jauh, tidak perlu berkongsi air yang tercemar, dan dapat menjaga kebersihan serta kesihatan keluarga dengan lebih baik. Inilah langkah kecil yang akan membawa perubahan besar.



Setiap paip yang anda sumbangkan akan menjadi sadaqah jariyah, mengalir pahalanya selama air itu terus digunakan. Bayangkan, selama bertahun-tahun, setiap titisan yang digunakan untuk berwuduk, minum, mandi, atau memasak akan menjadi saksi amal kebaikan anda di hadapan Allah SWT.


“Sebaik-baik sedekah adalah memberikan air.” (HR. Ahmad)



Ayuh kita lengkapkan misi ini bersama. Bersama ASAR Humanity, anda boleh bantu memudahkan kehidupan mereka yang selama ini menanti kemudahan asas ini. Setiap titisan air adalah harapan. Setiap paip adalah sedekah berpanjangan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SITI SARAH ABU BAKAR

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 10, 2025

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 09, 2025

MOHD FUAD BIN ABDUL HAZIZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 08, 2025

Kempen Sumbangan Tamat