Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamu’alaikum tuan dan puan, semoga selalu dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT
Alhamdulillah, sedekah yang tuan-tuan dan puan-puan telah dihantarkan kepada warga emas pada 29 Oktober 2022 di kawasan Cibinong, Jawa Barat, Indonesia. Pakej makanan ini diagihkan kepada peniaga jalanan, petani, badut jalanan, dan sebagainya. Dan bungkusan ini mengandungi 5 kg beras, 1 kg gula, 2 liter minyak masak, 1 kotak teh, dan 2 tin 150 ml sardin.
InshaAllah pakej makanan ini sangat berguna untuk mereka setiap hari, sebab mereka tidak perlu memikirkan makanan untuk hari esok, kerana sudah ada pakej makanan sebagai hadiah dari tuan-tuan dan puan-puan.
"Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari orang beriman, Allah akan menghilangkan kesusahannya hari kiamat." (Riwayat Abu Hurairah)
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati tuan-tuan dan puan-puan dalam menyebarkan kebaikan di muka bumi ini, dan semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang terbaik di dunia dan di akhirat, aamiin yaa rabbal 'aalamiin.
Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh