ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 09, 2022

INFAQ BINGKISAN KEPERLUAN ASAS UNTUK WARGA EMAS TELANTAR

RM310 / 3.88 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mari berkongsi kirimkan pakej bahagia untuk warga emas yang telantar. Sayangi dan hormati mereka seperti kita menyayangi ibu bapa sendiri. Ayuh menyumbang!


Tahukah anda perintah berbuat baik dan menghormati orang tua sering disebutkan dalam Al Quran? Bahkan dalam salah satu ayat Quran iaitu Surah Al Isra ayat 23, perintah berbuat baik kepada orang tua disebutkan setelah perintah beriman kepada Allah SWT. Artinya, “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.” (QS al-Isra’ : 23).


Sebagai sebaik-baiknya hamba Allah yang mengharap ridho-Nya, patutlah kita menyayangi, menghormati, dan memberikan kebahagiaan untuk orang tua kita. Alhamdulillah sebuah berkat besar, kita dianugerahkan orang tua yang senantiasa memberikan kita kehidupan layak, membesarkan kita dengan kebahagiaan dan nasib yang baik.



Namun nasib baik tidak selalu dimiliki orang tua di luar sana. Ialah Kong Jakaria. ‘Kong’ dalam bahasa Indonesia (suku Betawi) untuk sebutan ‘atok’. Kong Jakaria, warga emas berusia 62 tahun yang tinggal sebatang kara di sebuah gubuk kecil di daerah Parung, Bogor. Ia tidak bekerja, namun secara sukarela menyapu jalanan untuk berkegiatan sehari-hari. Ia memiliki uang hanya dari pemberian orang yang bertemu di jalan. Isterinya sudah lama meninggal, ia tidak memiliki anak kandung, anak angkat satu-satunya juga sudah wafat. Sesekali cucu dari anak angkatnya itu yang biasa memberikan bantuan.


Tubuh Kong Jakaria tak lagi kuat, ia berjalan dengan tongkat, salah satu sebab lainnya ia juga kehilangan matanya dari korban keributan saat masih remaja. Aktiviti sudah terbatas dengan usia yang sudah uzur dan sakit yang dirasai. Dalam masa kesusahannya ia hanya berserah pada Allah SWT, dan ia senang sekali membaca Al Quran walaupun tak mengetahui artinya.


Ramai pulak warga emas terabaikan yang tinggal di rumah penjagaan khusus warga emas. Rumah-rumah ini menjadi harapan terakhir orang tua ini melanjutkan kehidupan. Namun sampaikah hati kita melihat orang tua ini hidup telantar? Walaupun mereka bukan ibu bapa kandung kita, mari kita bahagiakan mereka selayaknya orang tua kita sendiri.



InshaAllah bersama Asar Humanity, kita akan agihkan pakej hadiah untuk para warga emas. Di bawah ini ialah pakej yang boleh anda sokong:


1.RM130 untuk perlengkapan ibadah (telekung, sarong, sejadah

2.RM162 untuk pakej barang runcit yang berisi(beras, minyak goreng, sardine, gula pasir, susu, telur, tepung, garam dan teh)



InshaAllah kebahagiaan yang anda hantarkan untuk warga emas ini, akan membuat mereka tersenyum dan bahagia. Semoga Allah SWT limpahi keberkahan, perlindungan serta kelancaran rezeki bagi anda dan keluarga. Amiin ya Rabbal Alamin. Jazakumullah khairan.


Jom#BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SITI KHAMISAH MD HASSAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 13, 2022

LILY

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 13, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 12, 2022

Kempen Sumbangan Tamat