Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan
Semoga khabar ini menemui anda serta keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah, Asar Humanity telah melaksanakan kegiatan distribusi makanan siap santap di daerah Gorontalo. Pengagihan bantuan makanan dihantarkan kepada 4 maahad di 3 kabupaten yang berbeda.
1. Maahad Hidayatullah Al Amin
2. Maahad Hidayatullah Putri Limboto
3. Rumah Quran Hidayatullah Kota Gorontalo
4. Maahad Hidayatullah Gorut
Alhamdulillah bantuan pangan ini meringankan dan memenuhi kebutuhan pangan sekitar 350 pelajar maahad tahfiz yatim dan juga dhuafa.
Pelajar dan pengurus pondok sangat antusias menyambut kedatangan relawan Ksatria Asar Humanity yang bertugas. Karena selama ini pelajar maahad selalu makan dengan lauk yang sangat sederhana. Sehingga pengagihan bantuan makanan yang berisi nasi, daging ayam, sayuran, menu pelengkap dan air minum menjadi momen berkesan bagi mereka karena bisa menikmati makanan yang lazat dan juga bernutrisi.
Kami juga menghantarkan pakej makanan asas dan barang runcit kepada maahad yang amat memerlukan untuk persediaan makanan selama beberapa minggu hadapan. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan,
Semoga Allah SWT memberikan karunia dan pahala berlimpah dari pada keutamaan sedekah makanan. Serta semoga sumbangan yang telah anda berikan Allah gantikan dengan rezeki dan keberkahan yang berterusan. Jazakumullah khairan.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, semoga tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT, aamiin
Alhamdulillah, sumbangan tuan-tuan dan puan-puan telah dihantarkan kepada pelajar dhuafa pekak yang berada di maahad Darul Ashom Sleman, Yogyakarta pada hari Jumaat, 9 Disember 2022. Di mana sumbangan tuan-tuan dan puan-puan telah digabungkan dengan sumbangan dari kempen lain supaya memberi manfaat yang lebih luas. Dan alhamdulillah, seramai 135 pelajar mendapat manfaat daripada budi baik tuan-tuan dan puan-puan dalam bentuk pakej makanan.
Maahad Darul Ashom sendiri telah berdiri sejak tahun 2019 dengan rata-rata pelajar pekak, maka untuk pembelajaran harian mahupun untuk menghafaz Al-Quran, maahad ini mengaplikasikan kaedah pembelajaran menggunakan bahasa isyarat. Dan alhamdulillah kebanyakan pelajar di maahad ini telah menghafaz 11-13 juz.
Sebaliknya, pelajar di sini berasal daripada keluarga miskin sehingga tiada penanda aras khusus untuk bayaran bulanan, walisantri boleh membayar sesuka hati sahaja. Manakala untuk menampung keperluan pelajar lain datang dari maahad, termasuklah untuk aktiviti makan 3 kali sehari bersama lauk, nasi dan sayur. Adakalanya pihak maahad turut menyediakan lauk tambahan berupa telur untuk mengekalkan keseimbangan nutrisi pelajar yang sedang memahami dan mendalami ilmu agama dan menghafaz Al-Quran.
Alhamdulillah, dengan budi baik tuan-tuan dan puan-puan, mereka mendapat pakej makanan yang boleh dimakan setiap hari. Semoga dengan ihsan tuan-tuan dan puan-puan, Allah SWT memberikan keberkatan dan kemudahan dalam setiap langkah tuan-tuan dan puan-puan untuk mencapai impian, dan semoga ini juga menjadi washilah diijabahnya atas doa tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga, aamiin yaa rabbal 'aalamiin , wa jazakumullahu khairan
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh