ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 24, 2024

PAKEJ MAKANAN UNTUK PESAKIT DAN ASNAF YANG MEMERLUKAN

RM0 / 0.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

0 Penyumbang

98 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kirimkan pakej makanan untuk pesakit dan asnaf yang memerlukan bersama ASAR Humanity.


ASAR Humanity ingin berkongsi tentang kisah Wiroandi, seorang saudara kita yang menderita kanser lidah. Bermula dari seriawan kecil, kini tumornya terus membesar menyebabkan beliau sukar bernafas, menelan, dan menjalankan aktiviti harian. Wiroandi kini terbaring lemah di tempat tidur dan tidak lagi mampu bekerja untuk menyara kehidupannya dan tiga anaknya.



Ramai saudara kita yang menghadapi nasib serupa iaitu menanggung penyakit serius dan kekurangan keperluan harian. Mereka sangat memerlukan bantuan kita, dan di sinilah kita boleh memainkan peranan.



Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hadid, ayat 18:


"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak." (Al-Hadid: 18)



Dengan itu, ASAR Humanity ingin mengajak anda untuk menyisihkan sedikit rezeki bagi membantu saudara kita yang kurang bernasib baik seperti Wiroandi. Donasi anda akan digunakan untuk menyediakan paket bahan masak, ubat-ubatan, dan keperluan harian bagi beliau dan mereka yang memerlukan.



Bersama kita membantu meringankan beban mereka dan menggapai rahmat Allah SWT. Semoga setiap kebaikan yang kita lakukan menjadi pahala yang berlipat ganda dan amal jariah yang tidak terputus. Jom, kita kongsi rezeki dan hulurkan bantuan untuk mereka yang memerlukan. Semoga Allah memberkati kita semua.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan