Alhamdulillah, baru-baru ini pasukan ASAR Humanity berkesempatan untuk mengunjungi keluarga Allahyarham Encik Wiorandi, seorang pesakit kanser leher yang pernah kita bantu melalui kempen kemanusiaan beberapa waktu lalu.
Dalam kunjungan ini, kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga atas pemergian beliau yang sangat kami kasihi dan hormati. Kehilangan ini bukan sahaja dirasai oleh keluarganya, tetapi juga oleh kami yang pernah menyaksikan semangat dan ketabahannya menjalani rawatan dalam keadaan yang serba kekurangan.

Kami turut menyerahkan sumbangan hasil kempen yang telah dijalankan kepada keluarga beliau sebagai bentuk amanah dan tanggungjawab. Allahyarham meninggalkan tiga orang anak lelaki yang masih kecil, masing-masing berusia 9 tahun, 6 tahun, dan 4 tahun. Kini, ketiga-tiga anak ini berada di bawah jagaan nenek mereka yang sudah tua dan terpaksa bekerja demi meneruskan kehidupan cucu-cucunya.
Melihat keadaan mereka, kami menyedari bahawa perjuangan belum berakhir. Anak-anak ini masih memerlukan bantuan, bukan sahaja dalam bentuk makanan dan keperluan harian, tetapi juga dari segi pendidikan dan masa depan mereka.

InsyaAllah, ASAR Humanity akan terus berusaha untuk membantu tiga anak ini agar mereka tidak terputus harapan.
Kami percaya, setiap anak berhak mendapat peluang untuk belajar, membina masa depan dan meneruskan kehidupan walau tanpa ibu bapa di sisi.
Terima kasih kepada anda semua yang pernah menyumbang dan mendoakan Allahyarham Encik Wiorandi. Semoga segala kebaikan anda menjadi pahala yang berterusan, dan semoga kita semua terus diberikan kekuatan untuk membantu mereka yang memerlukan.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
https://sumbangan.com/sumbanganwheelchairwargaemasterlupa