2 Mei 2021
20 Ramadhan 1442H
Persiapan mengisi barang ke dalam kotak Pek Ceria Syawal hasil daripada pemberian sumbangan orang ramai untuk di agihkan kepada warga emas, anak asnaf/yatim. Terima kasih kepada para penyumbang, hanya Allah swt yang dapat memberi ganjaran.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4 Mei 2021
22 Ramadhan 1442H
Aktiviti hujung Ramadhan. Sumbangan Pek Ceria Syawal dan duit raya untuk anak-anak pilihan Sek Keb Bandar Baru Rawang, Selangor. Semoga anak-anak ini bergembira di hari mulia, hari raya. Terima kasih para guru SKBBR kerana telah memberikan kerjasama yang baik.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10 Mei 2021
Alhamdulillah... penyerahan sumbangan Pek Ceria Syawal telah dapat dilaksanakan dengan sempurna kepada penerima yang memerlukan. Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat & usahawan-usahawan dermawan yang tak putus-putus memberi sokongan dan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan program sumbangan ini. Terima kasih juga kepada Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan, Global Ikhwan dan juga Kak Jan (PPIM).