ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Apr 15, 2025

RAIH AMALAN JARIAH PEK MAKANAN UNTUK SAUDARA YAMAN

RM260 / 5.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

20 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Berikan infaq dan sokong program dapur kecemasan untuk saudara-saudara di Yaman. Jom bantu!


Di sebalik kesibukan kita menjalani kehidupan yang aman dan cukup, ada saudara-saudari kita di Yaman yang sedang bergelut dengan ujian yang amat berat. Konflik yang berpanjangan di bumi Yaman bukan sahaja meragut nyawa, tetapi juga meragut harapan ribuan keluarga untuk hidup seperti insan biasa.



Anak-anak kecil menangis kelaparan. Ibu-ibu merintih dalam doa, memohon sesuap makanan buat anak-anak yang tidak mengerti mengapa perut mereka kosong berhari-hari. Lebih 17 juta rakyat Yaman kini hidup dalam ketidakpastian, bergantung kepada belas ihsan manusia dari jauh untuk terus bertahan.


Melihat penderitaan ini, ASAR Humanity hadir dengan ikhtiar yang kecil namun penuh harapan, Program Dapur Kecemasan. Dengan penuh tekad, kami akan menyediakan makanan panas dan menghantarnya terus ke kem-kem pelarian dan kampung-kampung yang terputus bekalan.



Kami tahu, kami tidak mampu sendirian. Kami perlukan tangan-tangan yang peduli. Kami perlukan anda. Dengan menyumbang melalui kempen ini, anda bukan sahaja memberi mereka makanan, tetapi juga menyampaikan kasih sayang, perhatian, dan secercah harapan bahawa mereka tidak dilupakan.



"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun dari pahala orang tersebut."

(HR. Tirmidzi)



Di bulan penuh rahmat ini, marilah kita lunakkan hati dan ringankan tangan. Bantulah mereka agar terus dapat merasai nikmat kehidupan yang sewajarnya. Semoga setiap rezeki yang dikongsi menjadi asbab Allah lapangkan rezeki dan rahmat-Nya ke atas kita dan keluarga.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

  • Jun 10, 2025


Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 31, 2025

RAJA NORIZA BINTI RAJA ARIFFIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 01, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Apr 22, 2025

Kempen Sumbangan Tamat