Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM260 / 5.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
20 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di sebalik kesibukan kita menjalani kehidupan yang aman dan cukup, ada saudara-saudari kita di Yaman yang sedang bergelut dengan ujian yang amat berat. Konflik yang berpanjangan di bumi Yaman bukan sahaja meragut nyawa, tetapi juga meragut harapan ribuan keluarga untuk hidup seperti insan biasa.

Anak-anak kecil menangis kelaparan. Ibu-ibu merintih dalam doa, memohon sesuap makanan buat anak-anak yang tidak mengerti mengapa perut mereka kosong berhari-hari. Lebih 17 juta rakyat Yaman kini hidup dalam ketidakpastian, bergantung kepada belas ihsan manusia dari jauh untuk terus bertahan.
Melihat penderitaan ini, ASAR Humanity hadir dengan ikhtiar yang kecil namun penuh harapan, Program Dapur Kecemasan. Dengan penuh tekad, kami akan menyediakan makanan panas dan menghantarnya terus ke kem-kem pelarian dan kampung-kampung yang terputus bekalan.

Kami tahu, kami tidak mampu sendirian. Kami perlukan tangan-tangan yang peduli. Kami perlukan anda. Dengan menyumbang melalui kempen ini, anda bukan sahaja memberi mereka makanan, tetapi juga menyampaikan kasih sayang, perhatian, dan secercah harapan bahawa mereka tidak dilupakan.

"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun dari pahala orang tersebut."
(HR. Tirmidzi)

Di bulan penuh rahmat ini, marilah kita lunakkan hati dan ringankan tangan. Bantulah mereka agar terus dapat merasai nikmat kehidupan yang sewajarnya. Semoga setiap rezeki yang dikongsi menjadi asbab Allah lapangkan rezeki dan rahmat-Nya ke atas kita dan keluarga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Apr 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 18, 2025
THANKGOD IKARI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 17, 2025