PUSAT JAGAAN SATU WARGA EMAS

Dimulakan pada Mar 18, 2025

DANA BANTUAN KECEMASAN, PEMBELIAN RUMAH KEKAL UNTUK WARGA EMAS TERABAI

RM58,829 / 14.71 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM400,000

1953 Penyumbang

134 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mengumpul RM412,200 kurang daripada 6 bulan utk membeli rumah kekal bagi 15 warga emas. Rumah sewa mereka bakal dijual dan bila-bila masa mereka boleh diarah keluar.


RUMAH MEREKA BAKAL DIJUAL, 15 WARGA EMAS INI TIADA TEMPAT LAIN UNTUK PERGI!



Pusat Jagaan Satu Warga Emas menempatkan 15 wanita warga emas. Mereka pernah ada keluarga, rumah, dan tempat bergantung. Kini, mereka sendirian tanpa sesiapa.



Satu-satunya rumah yang mereka diami akan dijual! Pemilik telah menaikkan sewa dari RM1,200 ke RM1,500. Lebih menyedihkan, mereka boleh diarah keluar bila-bila masa!


Tragedi 10 Tahun Lalu Berulang Lagi?!



10 tahun lalu, mereka pernah dihalau secara tiba-tiba. Pada waktu malam, mereka diusir kerana tunggakan kurang dari 6 bulan. Tanpa amaran, tanpa persiapan.



Mereka hanya mampu menangis mencari perlindungan. Akhirnya, mereka berpindah ke rumah yang mereka diami sekarang. Kini, perkara lebih menakutkan berlaku semula.


Dulu Hampir Ditipu, Kini Terdesak Miliki Rumah Sendiri




Tahun lalu, pusat jagaan cuba membeli rumah tetap. Malangnya, Puan Alisha hampir ditipu oleh seorang broker yang menyamar sebagai pemilik. Mujur wang tidak diserahkan, tetapi masa dan harapan mereka musnah. Kini, beliau menemui rumah lebih selamat dan mampu milik berharga RM458,000.



10% Deposit RM45,800 telah dibayar. Namun, baki RM412,200 perlu dilangsaikan sebelum Disember 2025. Jika tidak, mereka akan kehilangan segalanya.


Kita Bantu Mereka, Allah Bantu Kita



Kita Bantu Mereka, Allah Bantu Kita



Rasulullah SAW bersabda:


"Bukan dari kalangan kita, orang yang tidak menghormati orang tua dan tidak menyayangi yang muda."

(HR Tirmidzi)


"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain."

(HR Ahmad)



Jangan biarkan mereka merasai keperitan ini lagi. Anda adalah harapan terakhir mereka.



Sumbang sekarang dan bantulah mereka dapatkan rumah hak milik kekal sebelum akhir 2025 ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2025

HAMBA ALLAAH

Menyumbang sebanyak RM20.00

Nov 14, 2025

HAMBA AALLAAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Nov 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 14, 2025