Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamualaikum, muslimin dan muslimat yang dirahmai oleh Allah SWT , Sekarang usaha pembinaan tangga untuk menara azan telah siap.Alhamdulilah, berkat sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan juga menara azan telah berhasil digabung dan disambung menjadi lebih panjang .Perkembangan terkini ,kerja-kerja mengecat sedang dilakukan oleh anak-anak tahfiz yang sedia berkhidmat bagi melancarkan proses pembinaan ini disamping mereka dapat belajar berkemahiran dalam kerja mengecat.

Proses seterunya adalah membuat kubah dan usaha untuk mendirikan menara azan ini.Sehubungan itu, marilah kita saling mengajak antara sesama kita bersama-sama menanam benih pahala dalam berinfaq dalam kempen ini.
Assalamualaikum, muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah SWT, Di sini pihak maahad mengemaskini perkembangan terkini projek pembinaan menara azan. Alhamdulilah berkat sumbangan daripada kalian pihak maahad telah membeli beberapa batang besi bagi pembinaan tangga menara azan.

Pihak maahad sangat mengalu-alukan sumbangan kalian bagi menyiapkan menara azan surau para pelajar yang masih lagi terbengkalai dek kerana kekangan kewangan . Marilah kita sama-sama mengajak antara satu sama lain ke arah kebaikan ini .Semoga usaha kita mengajak ke arah kebaikan amalan infaq sedekah pembinaan menara azan ini akan meraih kecintaan Allah dan saham yang bermakna di hari akhirat kelak.