Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Nov 18, 2024
RM330 / 11.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
26 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt, pihak jawatankuasa maahad ingin memohon sumbangan untuk pembinaan menara azan anak-anak tahfiz. Pihak kami amat memerlukan dana untuk menyiapkan pembinaan menara azan yang masih belum sempurna supaya seluruh penduduk yang berhampiran di maahad kami dapat mendengar laungan azan setiap kali masuk waktu solat dan juga dapat menunaikan perintah Allah SWT.


ذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
(Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880))

Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum, muslimin dan muslimat yang dirahmai oleh Allah SWT , Sekarang usaha pembinaan tangga untuk menara azan telah siap.Alhamdulilah, berkat sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan juga menara azan telah berhasil digabung dan disambung menjadi lebih panjang .Perkembangan terkini ,kerja-kerja mengecat sedang dilakukan oleh anak-anak tahfiz yang sedia berkhidmat bagi melancarkan proses pembinaan ini disamping mereka dapat belajar berkemahiran dalam kerja mengecat.

Proses seterunya adalah membuat kubah dan usaha untuk mendirikan menara azan ini.Sehubungan itu, marilah kita saling mengajak antara sesama kita bersama-sama menanam benih pahala dalam berinfaq dalam kempen ini.
Assalamualaikum, muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah SWT, Di sini pihak maahad mengemaskini perkembangan terkini projek pembinaan menara azan. Alhamdulilah berkat sumbangan daripada kalian pihak maahad telah membeli beberapa batang besi bagi pembinaan tangga menara azan.

Pihak maahad sangat mengalu-alukan sumbangan kalian bagi menyiapkan menara azan surau para pelajar yang masih lagi terbengkalai dek kerana kekangan kewangan . Marilah kita sama-sama mengajak antara satu sama lain ke arah kebaikan ini .Semoga usaha kita mengajak ke arah kebaikan amalan infaq sedekah pembinaan menara azan ini akan meraih kecintaan Allah dan saham yang bermakna di hari akhirat kelak.
HAJJAH FATIMAH@AZIZAH BINTI ABDULLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 20, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 20, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 20, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 19, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 19, 2024