YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada May 03, 2023

PROJEK PEMBINAAN UNTUK MAAHAD TAHFIZ JOHOR

RM45,193 / 90.39 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

2230 Penyumbang

198 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK YAMM MEMBUKA PELUANG KEPADA PARA PENYUMBANG UNTUK SAMA-SAMA MEREBUT GANJARAN PAHALA YANG AKAN SENTIASA MENGALIRNSELAMA PARA HUFFAZ MEMBACA AL-QURAN DI DALAM BINAAN YANG TUAN PUAN BANTU.


Kempen ini bertujuan untuk mengumpul sumbangan bagi Pembinaan Maahad Tahfiz di johor, Alhamdulillah kami telah diberi tanah wakaf oleh hamba Allah untuk melaksanakan pembangunan pembinaan maahad tahfiz di Simpang Renggam, Johor. Dengan rendah hati kami berharap Tuan / Puan dapat membantu kami sedikit sebanyak bagi menjayakan pembinaan Maahad Tahfiz Asnaf ini. Maahad kami di sini terdiri daripada 30 orang pelajar daripada pelbagai golongan anak-anak asnaf miskin dan anak yatim yang kurang kemampuan.


Tapak tanah selus 6000 kaki persegi dan ruangan yang diperlukan ialah:


1. Dewan Pengajian AlQuran, Fardzu Ain dan Fardzu Kifayah.

2. Dewan Solat

3. Dapur

4. Tempat makan dan makan

5. Stor

6. Bilik Air

7. Tempat rehat


Oleh itu, menjadi seorang pelajar tahfiz yang hanya berniat untuk mengharapkan redha Allah di sepanjang hidupnya akan dilihat sebagai orang yang bertaqwa kerana telah mengabdikan dirinya untuk belajar dan memahami tentang islam.



Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:


إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ


Maksudnya: “Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”



Dengan sumbangan yang anda berikan buat anak-anak syurga ini, InsyaAllah ibarat air yang mengalir, begitulah juga berterusan pahala yang sampai kepada si pemberi. Bantuan dari para penyumbang yang dermawan amat kami hargai dan bersyukur ke hadrat Ilahi. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 6019-354 1111 Haji Hamsan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM16.00

May 15, 2023

NORDAZRINA DANIAL

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 15, 2023