YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 05, 2023

SUMBANGAN DANA UNTUK PEMBINAAN TAPAK PUSAT PENDIDIDIKAN ISLAM KOTA ILMU UNAIS FASA 2

RM515 / 1.29 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM40,000

37 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bersama menyumbang kepada kempen infaq bagi projek Desa UNAIS untuk pengajian warga dewasa. InsyaAllah.


Kami dengan berbesar hati ingin memanggil anda semua untuk bersama-sama menginfaqkan sebahagian dari rezeki yang dikurniakan ke arah saham akhirat dimana membangunkan salah satu masjid di Desa UNAIS sebagai salah satu pusat pengajian warga dewasa. Pusat ini akan menempatkan warga dewasa dalam mencari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai persediaan semasa hari tua.




Pihak kami memerlukan dana sebanyak RM1,000,000.00 (Satu Juta Ringgit Malaysia) untuk membangunkan sebuah masjid bagi fasa 1. Selebihnya mengikut fasa untuk membentuk sebuah pusat pengajian warga dewasa yang cantik dan selesa. Tanah yang diwakafkan telah pun diratakan bertujuan untuk membina masjid. Usaha kami dari Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempunyai hasrat dan cita-cita untuk mengumpul dana bagi membina sebuah masjid untuk dimanfaatkan oleh penduduk sekeliling di Simpang Renggam, Johor.



Kami menyeru tuan dan puan untuk bersama-sama berkongsi sebahagian rezeki untuk diinfaqkan sebagai salah satu cara mendapatkan saham akhirat. Sumbangan anda dapat membantu proses warga dewasa ini menimba ilmu akhirat dengan lancar. Biarpun kita menyumbang untuk orang lain tapi keberkatan itu kekal untuk diri sendiri juga.



Harta adalah salah satu material yang dicintai manusia. Tidak hairanlah apabila seseorang itu bersedekah, ia adalah bukti keimanan kepada Allah. Cinta kepada Allah melebihi sayang kepada harta. Malah dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud:


“Kalian tidak akan mendapatkan kebaikan, sampai kalian infakkan apa yang kalian cintai.”


Ini sahaja cukup menunjukkan Allah sayang kepada hambanya yang bersedekah. Malah akan dijanjikan kebaikan setelah bersedekah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat