PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

AHMAD HAMIDI BIN SADIKAN

3 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Tuhanku, limpahkanlah rezekimu berupa wang dan kesihatan kepada Ahmad Hamidi Bin Sadikan dan keluarganya. Kurniakanlah pertuturan kepada kedua-dua anak autism beliau Ya Allah. Amiin Ya Rabbal Aalamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah dengan ini aku meminta padaMu berikan kesembuhan kepada suami Dan anak ku sehatkanlah kembali tubuh badan mereka seperti biasa Dan ampunilah segala dosa2 kami sekeluarga ya Allah aamiin aamiin Allahuma Aamiin ya Mujib

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami didunia dan akhirat. Semoga rezeki kami diberkati Mu Ya Allah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami. Murahkan rezeki kami. Permudahkanlah urusan kami dunia akhirat Dan jauhi kami Dari siksa api neraka.. Amiinnn

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

3 tahun yang lepas

Ya Allah limpahkan kasih sayang di antara anak-anak ku

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 tahun yang lepas

إنالله وانا اليه راجعون Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu Jahimah Hj. Ali, Jamaludin Jonet, Sa'adiah binti Abdullah Muhammad Ruslan Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: