PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakan kesihatan yang terbaik buat diriku & perluaskan rezeki kami ini seluas lautan. Ameen ?

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkan dosaku. Sembuhkan kakiku agar mudah beribadat. Haramkan api neraka ke atas kami dan saudara kami. Mudahkan urusan kami semua di dunia dan akhirat.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

4 tahun yang lepas

Ya Allah, Ini wakaf dr KU,Arwah Ibubapa&Ahli KeluargaKU, Murahkan Rezeki&Permudahkan Urusan Kami, Kurniakan Kesihatan yg Baik&Semuhkan Kami dr segala Penyakit, Hindarkan Kami dr segala Musibah.Amin33x

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ampuni dosa2ku Ya Allah, Sembuhkn penyakit2ku ibu bapaku sekeluarga Rakan2ku Muslim Muslimat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

4 tahun yang lepas

Ya Allah aku meminta rahmatmu Ya Allah terimalah amal-amal ibadahku Ya Allah ampunkan dosaku dosa kedua ibubapaku dan dosa2 umat nabi Muhammad saw

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga dengan sumbangan ini, permudahkanlah setiap urusanku dan kurniakanlah nikmat, rahmat dan rezeki yg melimpah ruah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: