PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

MOHAMAD NOOR HARUN

4 tahun yang lepas

Didoakan rezeki dunia dan akhirat.Kejayaan dan kemewahan kewangan dan kesihatan.Zuriat yg penuh dgn kesempurnaan.Kesihatan yang terbaik dijauhkan dari segala penyakit.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Didoakan rezeki kami,kekayaan dunia dan akhirat dari segi kewangan dan kesihatan.Dijauhkan dari segala penyakit.Rezeki zuriat yg sempurna.kehidupan yg benas dari segala hutang dan kesihatan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, permudahkan rezeki dan urusan kami di dunia dan akhirat. Amiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, matikan diriku dan keluargaku dalam keadaan beriman kepada Mu dan dalam agamaMu. Amiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah ampunilah semua dosa2 kami, tunjukilah kami jalan yg lurus,permudahkanlah segala urusan,Kurniakanlah kebahagian &Rahmat mu, kesihatan yg baik,ketenangan dan rezeki barokah melimpah ruah,amiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

IDHAM BAHTERA BIN OTHMAN

4 tahun yang lepas

Moga bermanfaat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: