PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah, ampuni dosa2 kami, dosa2 kedua ibubapa kami, saudara2 kami & seluruh muslimin dan muslimat. Terimalah amalan kami, berkatilah kehidupan kami & masukkanlah kami dlm golongan org2 yg bersyukur

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan dosa saudara ku. Ameen

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah Ampunilah dosa kami dan dosa kedua-dua ibu bapa kami permudahkan urusan kami murahkan rezeki yang berkat dan dipanjangkan umur yang bermanfaat kepada kami.Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI KHAMISAH MD HASSAN

4 tahun yang lepas

Ya Allah alirkn pahala keatas kedua ibubapaku,suamiku, anak2ku,muslimin muslimat,mukminin mukminat. Kurniakn aku rezeki seluas langitMu..amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Jdikan kami smua ahli syurga mu tanpa hisab aamiin jdkn ank2 kami ank yg soleh ank yg solehah jdkn mereka insan yg cmerlang dunia akhirat aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

4 tahun yang lepas

Ya Allah aku meminta rahmatmu Ya Allah terimalah amal-amal ibadahku Ya Allah ampunkan dosaku dosa kedua ibubapaku dan dosa2 umat nabi Muhammad saw

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: