PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

RUNTASY

4 tahun yang lepas

Semoga semua penderma dilindungi Allah dan ditambahkan rezeki kesihatan, harta, kebahagian. Aminnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZAHARI BIN YEOP YAHYA

4 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunila dosa ibu dan bapa ku, keluargaku, keturunan ku, dosa dosa ku dan dosa mereka yang membaca ini.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Semoga Allah ampunkan dosa kedua ibu bapa ku,Semoga kami dilimpahi rahmat kasih sayang dari Allah dan tidak dibolak balikkan hati dan keimanannya..semoga anak2 kami menjadi anak2 yang Soleh &solehah..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan semua dosa2 ku, yg membuka segala pintu rezeki yang tidak pernah kuduga

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALLAHYARHAMAH HAMIDAH BINTI YAHYA

4 tahun yang lepas

Semoga roh Allahyarhamah Hamidah Binti Yahya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Dipanjangkan usia , berbahagia dunia akhirat,dilimpahi rzeki dan diberi kesihatan yg berpanjangan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: