Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Ma'ahad An-Noer mula dibina pada tahun 2013 dan dirasmikan pada 19 Ogos 2015 oleh TYDP Majlis Ugama iSlam Negeri Pahang. Diasaskan oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki hafizahullah yang merupakan cawangan terbesar di Malaysia.
Beralamat di Lot 5559 Kg. Chemporoh, Janda Baik 28750 Bentong, Pahang. Pengambilan pertama pada 10 Ogos 2015 dan sehingga hari ini mempunyai hampir 300 orang pelajar. Menawarkan 4 program utama iaitu:
MUKADDIMAH
Membentuk dan mendidik insan pewaris anbia' adalah satu tugas yang mencabar dan memerlukan kesabaran dan usaha yang berterusan dari semua pihak. Ianya juga memerlukan satu sistem pendidikan yang syumul lagi tersusun serta pentarbiyahan yang mantap dan berterusan.
Tunas-tunas muda Islam perlulah digarap dan digilap dengan ilmu-ilmu Islam yang syumul (teori & amali) dan di lingkungi udara pentarbiyahan jiwa yang nyaman dan berterusan di awal usia muda mereka lagi. Melalui pendidikan dan pentarbiyahan yang berterusan inilah diharapkan nanti dapat melahirkan para anbiya' dan dapat menjadi contoh teladan kepada masyarakat. Kaedah fiqh ada menyebutkan "Setiap apa-apa yang membawa kepada kewajipan yang dituntut, maka ianya adalah dituntut."
Menyedari hal ini, penubuhan Ma'ahad An-Noer mensasarkan generasi muda Islam yang berumur 13 tahun ke atas sebagai pelajarnya dan pengajiannya berteraskan pengajian Ulum Addiniah dan Tahfiz. Ma'ahad ini menggabungkan ciri-ciri sistem pendidikan Islam tradisi silam (sistem pondok) yang penuh keberkatan. Matlamat Ma'ahad melalui penubuhan ini dapatlah melahirkan generasi mukmin yang dipimpin oleh ruh dan cahaya Islam, yang seterusnya memberi manfaat kepada dirinya, masyarakatnya dan negaranya, dunia dan akhirat.
OBJEKTIF PENUBUHAN
Perkembangan zaman seiring dengan era globalisasi dewasa ini sangat berpengaruh besar pada kehidupan kita dan perkembangan islam secara umum, dimana kedepan kita dituntut untuk berjuang lebih keras lagi dalam menegakkkan Islam, karenanya peningkatan pengetahuan dan keilmuan tentang Islam itu sendiri menjadi hal yang sangat mendesak untuk segera dilakukan.
Menjawab tantangan tersebut Ma'had An-Noer Janda Baik di bawah asuhan Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah yang dirasmikan pada 19 Ogos 2015, hadir sebagai salah satu tempat pembinaan ummat dalam mempersiapkan generasi Ulama Rabbani.
Dengan kapasiti keilmuan Syeikh Ma'ahad KH. Muhammad Nuruddin yang belajar di Makkah dan Mesir selama tidak kurang dari 25 tahun, dan dari pengalamannya dalam mengasuh serta mengelola majlis-majlis Tafaqquh mahupun Ma'ahad 'Aly dibeberapa Negara seperti Mesir, Indonesia, Thailand dan Malaysia sendiri, diharapkan Ma'ahad An-Noer dapat menjadi tempat yang tepat bagi para lulusan pondok-pondok ataupun Aliyah yang ingin melanjutkan pendidikannya, dan bahkan menjadi alternatif bagi pelajar yang berkeinginan menuntut ilmu di luar negeri, karena dengan niat yang tulus, usaha yang maksimal diiringi dengan doa dan tawakkal serta dilandasi rasa ikhlas semata-mata karena Allah, maka hidayah serta ridho Allah Ta'ala dapat kita raih dimana saja, Insya Allah.
Buat carian Kempen