PERTUBUHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UMMAH

Aktif sejak Feb 09, 2022

Tentang Penganjur

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).


Objektif Penubuhan

- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.

- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.

- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.

- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.


Visi

Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).


Misi

Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.





No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
pacuummah2015@gmail.com
60192075028
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Ya Allah redhailah kami, pertemukanlah kami dengan penghulu kami Nabi Muhammad SAW. Ampunilah kami dan kedua ibu bapa kami ahli keluarga kami serta seluruh umat islam. Baikilah Silaturrahim kami. Amin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Ya Allah. Ampunilah semua dosa ku, lindungi ku dari semua musuh MU, berikan rezki yg halal dan berkat, bukakan pintu hati kami dan anak2 kami kepada semua keredhaanmu. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAZIHANI SAFAR

9 bulan yang lepas

Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.aamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Makbulkan segala hajat2 kami Ya Allah. Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Ya Allah , aku ingin berdoa untuk menarik balik doa keburukan yang menyebabkan aku mati selepas membuat onani dan tengok video lucah dan ingin berdoa untuk engkau meringankanlah balasan kau kepada aku selepas membuat onani dan tengok video lucah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

9 bulan yang lepas

Astafiruallah lil mukminin wal mukminat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: