PERTUBUHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UMMAH

Aktif sejak Feb 09, 2022

Tentang Penganjur

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).


Objektif Penubuhan

- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.

- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.

- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.

- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.


Visi

Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).


Misi

Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.





No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
pacuummah2015@gmail.com
60192075028
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan Hamba hamba Mu Ya Allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Ya Allah berkat Hari Jumaat ini Kau tunjukkan lah jalan penyelesaian kepada setiap masalah yg aku hadapi. Permudahkan urusan ku di dunia & akhirat. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 bulan yang lepas

Ya Allah berkat Hari Jumaat ini Kau tunjukkan lah jalan penyelesaian kepada setiap masalah yg aku hadapi. Permudahkan urusan ku di dunia & akhirat. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 bulan yang lepas

Dipermudahkan segala urusan, hidup dan rezeki di berkati, diberikan kesihatan fizikal dan mental, jadi manusia soleh solehah, memberikan kebaikan pada manusia lain.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 bulan yang lepas

Doa semoga diampunkan dosa, dimurahkan rezeki dan dpt menemukan barang yg hilang.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 bulan yang lepas

Semoga ibu,ayah serta 3 orang adik saya dapat menunaikan umrah pada tahun 2024.Amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: