PERTUBUHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN UMMAH

Aktif sejak Feb 09, 2022

Tentang Penganjur

Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan membangunkan projek-projek pendidikan yang unik dan berkualiti menepati keperluan ummah. PACU dalam usaha mewujudkan rangkaian institusi dan projek-projek pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia dari kecil sehingga usia warga emas. Terdapat empat inisiatif pendidikan yang bernaung di bawah PACU iaitu Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul insyirah (DI), Raudhatul Huffaz (RH), Anjung Insyirah (AI) dan Projek Tuisyen Ummah (PROTU).


Objektif Penubuhan

- Membangunkan program-program yang bermatlamatkan pendidikan dan dekat dengan masyarakat.

- Memartabatkan modul pendidikan berlandaskan tarbiyah Islamiah.

- Menyediakan pelbagai jenis pendidikan untuk setiap peringakat usia.

- Melahirkan generasi pelapis yang boleh menjadi Muslim Hebat.


Visi

Mewujudkan rangkaian institusi dan projek- projek Pendidikan di seluruh Malaysia untuk setiap peringkat usia (dari dalam buaian hingga ke liang lahad).


Misi

Membangunkan projek- projek Pendidikan yang unik dan berkualiti serta menepati keperluan Ummah.





No 72 Jalan Melati Bangi Golf Resort, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor , 43650, BANGI, Selangor, Malaysia
pacuummah2015@gmail.com
60192075028
60389209661

Doa-Doa #Penyumbang

ASTARI YAACOB

2 tahun yang lepas

Saya sedekah pahala infaq ini buat kedua ibubapa dan mertua. Semoga mereka diberi kesihatan yg baik, dilimpahkan rezeki yang halal dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD NOOR HALIM BIN SHARIE DAN ISTERI NORKHASIKIN BINTI ANGGAS

2 tahun yang lepas

Saya sedekahkan ini mewakili arwah bapa saya sharie bin ena,arwah ibu saya Faridah binti Yak,&arwah bapak mertua saya anggas bin dalai

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD NOOR HALIM BIN SHARIE DAN ISTERI NORKHASIKIN BINTI ANGGAS

2 tahun yang lepas

Saya sedekahkan ini mewakili arwah bapa saya sharie bin ena,arwah ibu saya Faridah binti Yak,&arwah bapak mertua saya anggas bin dalai semoga roh mereka ditempatkan bersama org2 yang beriman dan dijauhi dari azab api neraka.semoga dilapangkan kubur mereka..aammmiiinnnn.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

FAIZAH ISMAIL

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami, rahmatilah kami, permudahkanlah urusan kami, bantulah kami agar kami dapat memanfaatkan bulan Ramadan kali ini dengan sebaik2nya dan jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah berikan kemudahan dan jodoh kepada ku

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Moga diampuni dosa-dosa oleh Allah Taala dan sentiasa berada dalam rahmatNya.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: