PERTUBUHAN DARUL KIFAYAH

Aktif sejak Jul 01, 2021

Tentang Penganjur

Pertubuhan Darul Kifayah merupakan sebuah pertubuhan NGO yang menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan dalam usaha untuk mengembangkan syiar Islam. Dalam usaha ini kami menjalankan beberapa aktiviti program jualan yang diharap dapat membantu menjana dana bagi membiayai program-program dakwah dan kebajikan yang dijalankan antaranya dalam membiayai rumah kebajikan anak yatim dan asnaf Muhaamd Alfateh, Edaran percuma Buku panduan Solat, Jualan Al-Quran Tagging dan Street Dakwah. PDK mengambil pendekatan "Ya'dul Ulya" di mana "Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima" di mana kami cuba berikhtiar melalui perniagaan agar lebih mampan dalam apa jua keadaan.  Ikuti perkembangan kami di laman sosial FB Pertubuhan Darul Kifayah Malaysia untuk perkembangan semasa.

Produk dan program kami boleh di dapati di https://darulkifayah.onpay.my/

Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan.

26-1 Jalan 7/7A, Seksyen 7, , 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
sekretariat.darulkifayah@gmail.com
+60163704869
+60163704869

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa2 kami, rahmati kami, permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat, kurniakan kami kebaikan, kesihatan, hati ygbkhusyu',ilmu ygbbermanfaat, rezeki yg berkat.Aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah,ku sedekahkan pahala buat diriku,arwah ibu dan abgku,murahkan rezekiku,ampunkan dosaku,ibubapaku,isteri dan anakanakku,masukkan kami ke syurgaMu,haramkan kami nerakaMu,senangkn kami diakhirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR AMIELYA ASYRIKIN BINTI JAMAL

2 tahun yang lepas

Salam, sy berniat bagi sumbangan ni utk bayar fidyah sy serta bantu apa yg boleh utk org org yg lebih memerlukan bantuan.Moga dengan sumbangan ini,dpt meringankan beban mereka serba sedikit.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampuni kedua ibubapa ku dan seluruh muslimin muslimat mukminin mukminat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakanlah kami rezeki yg halal. kurniakanlah kami rezeki yg luas lg tidak memberatkan. berikanlah kami keberkatan hidup d dunia mahupun d akhirat. Ya Allah ampunilah dosa2 kami. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, bantulah saudara-saudariku yg dlm kesusahan, murahkan rezekiku & suamiku agar dapat membantu mereka & berikan kejayaan cemerlang dunia dan akhirat kpd anak-anakku..Aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: