PERSATUAN PENEMPATAN DAN PEMULIHAN PENJARA (PEMAAF)

Aktif sejak Jan 25, 2023

Tentang Penganjur

Pertubuhan Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara atau lebih dikenali sebagai PEMAAF secara sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 20 Disember 2020. NGO yang diasaskan oleh sekumpulan anak muda yang diketuai oleh Pengerusi Mohd Shahirul Khalid Bin Mohamad ini sudah mula aktif menjalankan aktiviti sejak awal 2018 dan mula beroperasi sepenuhnya setelah didaftarkan pada 2020. Sehingga kini, PEMAAF mempunyai 20 orang organisasi yang bertugas secara sukarela untuk memastikan kelancaran pengurusan program dan tanggungjawab sosial yang lain. Objektif utama PEMAAF adalah memfokuskan kepada pembangunan asnaf dan sukarelawan anak muda juga golongan yang terpinggir oleh masyarakat yang tergolong dari kalangan bekas-bekas banduan yang telah dibebaskan dari penjara serta gelandangan. Bekerjasama dengan pihak kerajaan dan swasta serta badan-badan sukarela untuk menjalankan aktiviti membantu masyarakat di dalam mengatasi masalah sosial. Mengadakan pusat rawatan islam yang membantu merawat pelbagai jenis penyakit dan gangguan makhluk halus.Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dalam bentuk yang bersesuaian. Memberikan perlindungan kepada pesakit- pesakit HIV lelaki islam di bawah pusat perlindungan HIV. Mengadakan kursus-kursus motivasi yang bersifat keagamaan dan akhlak secara berkala kepada masyarakat islam dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa berkaitan. Menggalak dan menyedarkan masyarakat agar menjadi masyarakat berilmu dengan budaya rajin membaca. Menjalankan aktiviti-aktiviti untuk menambahkan dana persatuan bagi mencapai objektif dengan syarat mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa berkaitan. Untuk membeli, memajak, menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan pertubuhan selaras dengan tujuannya.Menerima sumbangan dari pihak kerajaan, swasta dan orang ramai untuk persatuan menjalankan aktiviti selaras dengan objektifnya. Untuk menjalankan perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli pertubuhan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya sekali kepada sebarang ahli atau pekerja pertubuhan ini.Harapan PEMAAF adalah untuk memperluas dan memperkasakan penglibatan anak muda dalam aktiviti sukarelawan dan kebajikan dalam dan luar negara.


24-G JALAN REKO SENTRAL 4,REKO SENTRAL , 43000, KAJANG, Selangor, Malaysia
pemaafmalaysia@gmail.com
173008048
173008048

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Ya Allah makbulkan lah kesemua doa-doa kami, harapan kami dan hajat kami. Ya Allah hanya Engkau saja kamu memohon, meminta dan merayu. Perkenankanlah Ya Allah Ya Tuhan Kami. للهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Diampuni segala dosa, Dikurniakan rezeki yang berkah dan melimpah ruah dari langit dan bumi, kejayaan dunia dan akhirat, ketenangan jiwa dan dipermudahkan segala urusan.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Semoga Saya di permudahkan segala urusan di murahkan rezeki dan diberkati. Serta mampu untuk bersedekah lagi

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALYA NADHIRAH

6 bulan yang lepas

Semoga dimurahkan rezeki semua umat islam

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Diampuni segala dosa, Dikurniakan rezeki yang berkah dan melimpah ruah dari langit dan bumi, kejayaan dunia dan akhirat, ketenangan jiwa dan dipermudahkan segala urusan.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

6 bulan yang lepas

Ya Allah terima kasih diatas segala rezeki yg telah Kau berikan. Aku pohon supaya rezeki buat kami sentiasa berterusan dan mengalir seperti air sungai yg mengalir tanpa henti. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: