PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARGA EMAS LANGKASUKA, KUBANG PASU

Aktif sejak Mar 10, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan ini merupakan pertubuhan sukarela yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM 013-02-15022021) dengan nama Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka, Kubang Pasu (PEWARIS). Ianya merupakan pertubuhan kebajikan tanpa keuntungan.

1. KPI Pewaris ialah:

i.   Menjadikan ibu-ibu tunggal yang berstatus warga emas dan hidup terbiar dan melarat sebagai sasaran utama dalam memenuhi matlamat pembinaan kompleks asrama ini.

ii.   Pewaris berusaha menyediakan tempat tinggal yang sesuai dan mempunyai kemudahan sekadar yang termampu disamping menyediakan kemudahan aktiviti harian sesuai dengan usdia mereka sebagai penghilang rasa kesunyian disamping menyediakan kuliah-kuliah ilmu dan ruang ibadat amali.

2.  Matlamat pertubuhan:

ii.   Menyediakan aktiviti kesihatan kepada warga emas.

iii.  Menyediakan program ilmu kepad warga emas.

iv.   Menyediakan lain-lain urusan kebajikan yang diperlukan oleh warga emas. 

3.  Aktiviti:

i.   Telah membeli tanah seluas 1.422 ekar sebagai tapak pembinaan kompleks asrama warga emas yang koosnya RM4.9 juta. Seramai anggaran 50 orang penghuni dapat menginap disini dengan pelbagai kemudahan sekadar yang termampu. Kos perbelanjaan bulanan dianggarkan sebanyak RM29,000.00

ii.  Menubuhkan Food bank berdaftar untuk mengagihkan bantuan barang makanan kepada mandsa Covid 19 yang hilang mata pencarian, warga emas yang dhaif, warga emas berstatus ibu tunggal dan anak yatim.

iii.  Menerima sumbangan wang tunai atas niat berzakat, infaq, wakaf am dan derma daripada orang perseorangan, syarikat dan lain-lain agensi.


36, TAMAN SETIA JAYA JALAN HOSPITAL DAERAH, 06000, JITRA. , 06000, JITRA, Kedah, Malaysia
pewarislangkasuka@gmail.com
60124297510
60124297510

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.Aamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Demi allah yg mnjadikan dan kita hambaNYA yg berusaha dan bertawakkal, moga membawa kebaikan kpd kehidupan ummah.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Doakan saya diberikan kesembuhan dan diangkat penyakit ini. Dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat dan diberikan penawar untuk penyakit ini. Aamiin.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

tlg doakn keampunan dosa, murah rezeki dan kesejahteraan saya dan keluarga

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah pelihara diri saya dan keluarga di dalam rahmat Allah

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Sy sedekahkan Wang ini utk kompleks warga emas,in sha Allah doakan juga Sy dpt istiqamah dlm memberi sedekah ini wpun sedikit...

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: