PERTUBUHAN KEBAJIKAN WARGA EMAS LANGKASUKA, KUBANG PASU

Aktif sejak Mar 10, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan ini merupakan pertubuhan sukarela yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM 013-02-15022021) dengan nama Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka, Kubang Pasu (PEWARIS). Ianya merupakan pertubuhan kebajikan tanpa keuntungan.

1. KPI Pewaris ialah:

i.   Menjadikan ibu-ibu tunggal yang berstatus warga emas dan hidup terbiar dan melarat sebagai sasaran utama dalam memenuhi matlamat pembinaan kompleks asrama ini.

ii.   Pewaris berusaha menyediakan tempat tinggal yang sesuai dan mempunyai kemudahan sekadar yang termampu disamping menyediakan kemudahan aktiviti harian sesuai dengan usdia mereka sebagai penghilang rasa kesunyian disamping menyediakan kuliah-kuliah ilmu dan ruang ibadat amali.

2.  Matlamat pertubuhan:

ii.   Menyediakan aktiviti kesihatan kepada warga emas.

iii.  Menyediakan program ilmu kepad warga emas.

iv.   Menyediakan lain-lain urusan kebajikan yang diperlukan oleh warga emas. 

3.  Aktiviti:

i.   Telah membeli tanah seluas 1.422 ekar sebagai tapak pembinaan kompleks asrama warga emas yang koosnya RM4.9 juta. Seramai anggaran 50 orang penghuni dapat menginap disini dengan pelbagai kemudahan sekadar yang termampu. Kos perbelanjaan bulanan dianggarkan sebanyak RM29,000.00

ii.  Menubuhkan Food bank berdaftar untuk mengagihkan bantuan barang makanan kepada mandsa Covid 19 yang hilang mata pencarian, warga emas yang dhaif, warga emas berstatus ibu tunggal dan anak yatim.

iii.  Menerima sumbangan wang tunai atas niat berzakat, infaq, wakaf am dan derma daripada orang perseorangan, syarikat dan lain-lain agensi.


36, TAMAN SETIA JAYA JALAN HOSPITAL DAERAH, 06000, JITRA. , 06000, JITRA, Kedah, Malaysia
pewarislangkasuka@gmail.com
60124297510
60124297510

Doa-Doa #Penyumbang

NURFADHILAH JAMALUDDIN

1 tahun yang lepas

Ya Allah, tolong sampaikan pahala sumbangan ini ke atas Allahyarham Jamaluddin bin Mohd Ali. Rahmatilah ia dan tempatkanlah ia di dalam syurga bersama orang-orang beriman dan soleh. Aamin Allahuma Aamin..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan bersalin saya nanti.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SURIANI BINTI SABANDAN

1 tahun yang lepas

Yaa Allah yang maha berkuasa dan maha pemberi rezeki...murahkan rezeki kami agar kami dapat terus membantu mereka yang memerlukan..aamiin ya Allah ya mujib..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Panjang kan umur ibu ku dengan kesihatan yang baik dan matikan dalam khusnul khotimah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NURFAIRY SOED

1 tahun yang lepas

Moga sampai kpd ibu dn ayah ku di alam sana

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah redhailah kami, pertemukanlah kami dengan penghulu kami Nabi Muhammad SAW. Ampunilah kami dan kedua ibu bapa kami ahli keluarga kami serta seluruh umat islam. Baikilah Silaturrahim kami. Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: