PERTUBUHAN KEBAJIKAN NIQ EHSAN MALAYSIA

Aktif sejak Apr 09, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia (PPM-022-05-14072020) yang beralamat No. 128, Green Street Homes, Jalan S2/A4, 70200 Seremban 2 Negeri Sembilan atau ringkasnya PKNEM adalah satu badan organisasi bukan Kerajaan (NGO) yang bebas dan tidak berasaskan keuntungan, bukan politik serta merupakan Pertubuhan Kebajikan sepenuhnya. Ia ditubuhkan pada 14 Julai 2020 untuk memberi khidmat bantuan dan pembangunan di seluruh Malaysia.


PKNEM dinaungi oleh Ybhg Dato' Khadijah Binti Ibrahim dan dipengerusikan oleh Tuan Akhmarulizam Bin Hj Ahmad bagi menjalankan kerja-kerja amal, kebajikan dan pembangunan yang menyumbang ekonomi masyarakat luar bandar untuk mencapai matlamat Pertubuhan.


PKNEM bekerja rapat dengan kerajaan, badan bukan kerajaan di peringkat negeri serta kebangsaan dan korporat dalam memberikan maklumat, pendidikan , perlindungan kebajikan pembangunan ekonomi khusus kepada masyarakat Malaysia dan akan mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan dangan pertubuhan.


MATLAMAT


Membantu golongan B40, Asnaf , Ibu Tunggal dan OKU

Mencapai objektif pembangunan sosial, ekonomi dan kerohanian di kalangan Masyarakat Malaysia

Membentuk organisasi yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat Malaysia.

Mengalakan Keterlibatan ahli dalam kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan untuk faedah bersama selaras kehendak masyarakat Malaysia.

Meningkatkan pemahaman terhadap kebajikan masyarakat Malaysia

Membantu kerajaan bagi kegiatan aktiviti Kebajikan

No. 128, Green Street Homes, Jalan S2/A4. , 70200, Seremban 2, Negeri sembilan, Malaysia
pknem.my@gmail.com
+60102173870
+60102173870

Doa-Doa #Penyumbang

ABDUL KARIM BIN HUSAIN

2 tahun yang lepas

1. Datang kebaikan.kekal kebaikan yg ada 2. Jauhkan keburukan.hapuskan keburukan. 3. Datang berita gembira, jauhkan berita tidak baik

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, 1. Terima amalanku yang tak seberapa sbg ibadah di sisiMu 2. Alirkan pahala berterusan utk ibu bapaku 3. Sembuhkan anakku muhammad irfan zuhri drpd segala penyakit yg dihidapinya 4. Lembutkan hati anak2ku agar menjadi insan soleh solehah 5. Limpahkan kami rezeki yg diberkati 6. Rezekikan kami syurgaMu tanpa hisab Amin..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga di murahkan rezeki aminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah!permudahkan urusan perkara dan projek yg aku sertai, berilah kejayaan utk mencapai sasaran yg diletakkan...aammiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ampuni dosa2ku Ibu Bapaku Keluargaku Rakan2ku umat Nabi Muhammad

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: