PERTUBUHAN KEBAJIKAN NIQ EHSAN MALAYSIA

Aktif sejak Apr 09, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia (PPM-022-05-14072020) yang beralamat No. 128, Green Street Homes, Jalan S2/A4, 70200 Seremban 2 Negeri Sembilan atau ringkasnya PKNEM adalah satu badan organisasi bukan Kerajaan (NGO) yang bebas dan tidak berasaskan keuntungan, bukan politik serta merupakan Pertubuhan Kebajikan sepenuhnya. Ia ditubuhkan pada 14 Julai 2020 untuk memberi khidmat bantuan dan pembangunan di seluruh Malaysia.


PKNEM dinaungi oleh Ybhg Dato' Khadijah Binti Ibrahim dan dipengerusikan oleh Tuan Akhmarulizam Bin Hj Ahmad bagi menjalankan kerja-kerja amal, kebajikan dan pembangunan yang menyumbang ekonomi masyarakat luar bandar untuk mencapai matlamat Pertubuhan.


PKNEM bekerja rapat dengan kerajaan, badan bukan kerajaan di peringkat negeri serta kebangsaan dan korporat dalam memberikan maklumat, pendidikan , perlindungan kebajikan pembangunan ekonomi khusus kepada masyarakat Malaysia dan akan mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan dangan pertubuhan.


MATLAMAT


Membantu golongan B40, Asnaf , Ibu Tunggal dan OKU

Mencapai objektif pembangunan sosial, ekonomi dan kerohanian di kalangan Masyarakat Malaysia

Membentuk organisasi yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat Malaysia.

Mengalakan Keterlibatan ahli dalam kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan untuk faedah bersama selaras kehendak masyarakat Malaysia.

Meningkatkan pemahaman terhadap kebajikan masyarakat Malaysia

Membantu kerajaan bagi kegiatan aktiviti Kebajikan

No. 128, Green Street Homes, Jalan S2/A4. , 70200, Seremban 2, Negeri sembilan, Malaysia
pknem.my@gmail.com
+60102173870
+60102173870

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan penganjur. Dgn izinNya, semoga suamiku diberi hidayah. Dikuatkan semangat suamiku untuk mempertahankan rumahtangga kami. Dgn izinNya, semoga Allah izinkan hatiku redha dgn ujian ini. Ampunila dosa2 ku, org tua ku, suamiku dan anak2 ku Ya Allah. Aaminn Ya Allah Ya Mujib

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga sihat waalfiat dilimpahi rezki dan dimudahkan semua urusan aminnnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, berkatilah kehidupan kami, permudahkan setiap urusan kami, bukakanlah ruang untuk kami sentiasa bertaubat kepada Mu Ya Allah. Jadikanlah kami ini hamba Mu yg beriman, sentiasa beramal soleh, cintakan solat dan cintakan Al-Quran.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, dgn izinMu, kuatkan semangat suamiku untuk mempertahankan rumahtangga kami. Berikan suamiku hidayah ya Allah. Izinkan hatiku redha dgn ujianMu ini. Izinkan hatiku memaafkan suamiku dan org2 menyakitiku Ya Allah. Makbulkan la doa2 ku Ya Allah. Aaminn Ya Allah Ya Mujib

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Dgn IzinNya dipermudahkan urusan penganjur. Semoga Allah ampunkan dosa2 ku, ibubapaku, suamiku dan anak2 ku. Semoga Allah berikan hidayah kepada suamiku. Dgn izinkan, kuatkan semangat suamiku mempertahankan rumahtangga kami. Izinkan hatiku redha dgn ujian ini. Izinkan hatiku memaafkan suami ku dan org2 menyakitiku. Aaminn Ya Allah Ya Mujib🤲🏻🤲🏻🤲🏻

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, kurniakan kesihatan yang terbaik buat diriku dan perluaskan rezeki kami ini seluas lautan mu. Ameen 🤲

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: