PERTUBUHAN KEBAJIKAN NIQ EHSAN MALAYSIA

Aktif sejak Apr 09, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia (PPM-022-05-14072020) yang beralamat No. 128, Green Street Homes, Jalan S2/A4, 70200 Seremban 2 Negeri Sembilan atau ringkasnya PKNEM adalah satu badan organisasi bukan Kerajaan (NGO) yang bebas dan tidak berasaskan keuntungan, bukan politik serta merupakan Pertubuhan Kebajikan sepenuhnya. Ia ditubuhkan pada 14 Julai 2020 untuk memberi khidmat bantuan dan pembangunan di seluruh Malaysia.


PKNEM dinaungi oleh Ybhg Dato' Khadijah Binti Ibrahim dan dipengerusikan oleh Tuan Akhmarulizam Bin Hj Ahmad bagi menjalankan kerja-kerja amal, kebajikan dan pembangunan yang menyumbang ekonomi masyarakat luar bandar untuk mencapai matlamat Pertubuhan.


PKNEM bekerja rapat dengan kerajaan, badan bukan kerajaan di peringkat negeri serta kebangsaan dan korporat dalam memberikan maklumat, pendidikan , perlindungan kebajikan pembangunan ekonomi khusus kepada masyarakat Malaysia dan akan mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan dangan pertubuhan.


MATLAMAT


Membantu golongan B40, Asnaf , Ibu Tunggal dan OKU

Mencapai objektif pembangunan sosial, ekonomi dan kerohanian di kalangan Masyarakat Malaysia

Membentuk organisasi yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat Malaysia.

Mengalakan Keterlibatan ahli dalam kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan untuk faedah bersama selaras kehendak masyarakat Malaysia.

Meningkatkan pemahaman terhadap kebajikan masyarakat Malaysia

Membantu kerajaan bagi kegiatan aktiviti Kebajikan

No. 128, Green Street Homes, Jalan S2/A4. , 70200, Seremban 2, Negeri sembilan, Malaysia
pknem.my@gmail.com
+60102173870
+60102173870

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga ALLAH redhoi, berkati dan rahmati hidupku dan keluargaku, dunia akhirat, dipermudahkan segala urusan dan dimakbulkan segala doaku, aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Doakan Saya dan keluarga saya sihat selalu dan dijauhkan dari sebarang musibah serta penyakit. Semoga isteri saya dapat melahirkan zuriat yang soleh/solehah dan sempurna kesihatan. Selamat dan dipermudahkan urusan. Aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALYAA

1 tahun yang lepas

Semoga saya selamat bersalin dan baby sihat2

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.Aamin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga kami sekeluarga selamat daripada fitnah akhir zaman ,fitnah dajjal .

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah. Golongkanlah kami umat Islam di sini dan umat Islam di seluruh dunia ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kejayaan yang cermerlang di dunia dan juga mendapat kejayaan yang cermerlang di akhirat. Aamiin.

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: