PERTUBUHAN KEBAJIKAN NIQ EHSAN MALAYSIA

Aktif sejak Apr 09, 2022

Tentang Penganjur

Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia (PPM-022-05-14072020) yang beralamat No. 128, Green Street Homes, Jalan S2/A4, 70200 Seremban 2 Negeri Sembilan atau ringkasnya PKNEM adalah satu badan organisasi bukan Kerajaan (NGO) yang bebas dan tidak berasaskan keuntungan, bukan politik serta merupakan Pertubuhan Kebajikan sepenuhnya. Ia ditubuhkan pada 14 Julai 2020 untuk memberi khidmat bantuan dan pembangunan di seluruh Malaysia.


PKNEM dinaungi oleh Ybhg Dato' Khadijah Binti Ibrahim dan dipengerusikan oleh Tuan Akhmarulizam Bin Hj Ahmad bagi menjalankan kerja-kerja amal, kebajikan dan pembangunan yang menyumbang ekonomi masyarakat luar bandar untuk mencapai matlamat Pertubuhan.


PKNEM bekerja rapat dengan kerajaan, badan bukan kerajaan di peringkat negeri serta kebangsaan dan korporat dalam memberikan maklumat, pendidikan , perlindungan kebajikan pembangunan ekonomi khusus kepada masyarakat Malaysia dan akan mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan dangan pertubuhan.


MATLAMAT


Membantu golongan B40, Asnaf , Ibu Tunggal dan OKU

Mencapai objektif pembangunan sosial, ekonomi dan kerohanian di kalangan Masyarakat Malaysia

Membentuk organisasi yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat Malaysia.

Mengalakan Keterlibatan ahli dalam kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan untuk faedah bersama selaras kehendak masyarakat Malaysia.

Meningkatkan pemahaman terhadap kebajikan masyarakat Malaysia

Membantu kerajaan bagi kegiatan aktiviti Kebajikan

No. 128, Green Street Homes, Jalan S2/A4. , 70200, Seremban 2, Negeri sembilan, Malaysia
pknem.my@gmail.com
+60102173870
+60102173870

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dikurniakan rezeki yang mencukupi dan sentiasa berpeluang untuk bersedekah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah,ampuni dosa-dosa kami.Jauhi kami daripada sgl keburukan dunia dan akhirat serta bala.Ingatkan kami sentiasa untuk mengingatiMu dan beramal kepadaMu.Ya Allah,sekiranya ada yang kesempitan,Kau bantu mereka,ada yang sakit,Kau sembuhkan mereka,ada yang susah,Kau bantu mereka,ada yang tidak tenang,Kau nyamankan perasaan mereka.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya allah, permudahkan segala urusan kami dunia serta akhirat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

terima kasih buat mereka yang prihatin. bersama kita membantu urusan mereka yang memerlukan dan semoga Allah s.w.t memudahkan semuaNya sebaik-baik pertolongan. Aamiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MARIANI

1 tahun yang lepas

Semoga diampunkan dosa semua muslimin Dan muslimat. Semoga diselamatkan Dari azab API neraka. Semoga dimasukkan ke dalam syurga firdaus. Aamiin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: