PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Moga dana yg diperlukan akan berjaya dikumpul dan rumah perlundungan wanita akan menjadi hak mutlak sepenuhnya.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

BAHARUDIN MOKHTAR

1 minggu yang lepas

Bismillah Saya sedekahkan sedikit rezeki ini atas nama Arwah Ibu saya Che Noh Binti Abdullah dan Arwah Bapa Mokhtar Bin Danan. Semuga aa yang diusahakan pehak berkenaan beroleh keberkatan bagi hamba Allah yng memerlukan. Allahumma sholi alaa sayyidina muhammad wa alaa sayyidana muhammad.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Didoakan kempen ini berjaya mencapai matlamatnya.Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

KHOLIAH

1 minggu yang lepas

Semoga semua urusan dipermudahkan dunia dan akhirat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Aku hadiahkan sedekah ini untuk ke dua orang tuaku

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Dgn asbab sedeqah ni, Allah ampunkan dosa kedua Ibu bapa dan mertua saya, mengampunkan dosa saya serta keluarga, tetapkan Iman dan murahkan rezeki kami sekeluarga. Saya juga mendoakan semua penghuni rumah org tua dlm jagaan yg baik dan limpahan rezeki kpd yg mengelolakan pusat ini. Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: