PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Ya Allah sejahterakanlah semua hambamu dimana jua mereka berada

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Ampunikan dosa arwah ibu bapa kami...tempatkn mereka bsama2 orang2 yg beriman...sembuhkan penyakit kami sekeluarga

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Semoga dimudahkan Allah untuk urusan pemilikan rumah untuk warga emas ini dan hal-hal lain juga. Ameen YRA.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 minggu yang lepas

Mohon saya dikurniakan kesihatan yg baik & rezki melimpah ruah yg dpt dikongsi bersama yg memerlukan.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMAD KHAIRUL AZWAN BIN MOHD TAJUDIN

1 minggu yang lepas

Mohon Doa Saya & Isteri Terus Di Berikan Rezeki MelimpahRuah Untuk Terus Menyumbang dan Beramal. Doakan Kami mempunyai cahaya mata yg kamit tlh menantikan sekian lama mendirikan rumah tangga aamin🤝

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHAMAD KHAIRUL AZWAN BIN MOHD TAJUDIN

1 minggu yang lepas

Mohon Doa Saya & Isteri Terus Di Berikan Rezeki MelimpahRuah Untuk Terus Menyumbang dan Beramal. Doakan Kami mempunyai cahaya mata yg kamit tlh menantikan sekian lama mendirikan rumah tangga aamin🤝

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: