PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Ya Allah ampunkan dosa2 arwah ayah dan mak ku. Tempatkan lah mereka disyurgamu. Jauhkankanlah mereka dari azab kubur dan azab api neraka. Ya Allah ampunkan juga dosa2 arwah adikku Suhaimi dan jauhkan dari azab kubur dan azab api neraka..Ya Allah, ampunkan lah dosa2 ku dan ahli keluarga ku. Tetapkan lah iman kami dan golongan kami dalam golongan orang yg mendapat syafaat Rasulullah. Aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD AFENDY BIN ABDUL TALIB

2 minggu yang lepas

Doakan saya, ibu, adik beradik dan penghuni rumah ini disembuhkan daripada kesakitan, sihat selalu, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan ganti kan segala apa yang diingini tetapi tidak didapati kepada sesuatu yang jauh lebih baik. Aminnn!

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga segala urusan penghuni rumah ini dipermudakanNya

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Kesehatan yg baik. Ampon dosa ibu bapa ahli keluarga muslimim muslimat anak yg soleha. Istikahmah bribadah. Kemudahan keselamatan dunia dan akhirat.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Kesehatan yg baik. Ampon dosa ibu bapa ahli keluarga muslimim muslimat anak yg soleha. Istikahmah bribadah. Kemudahan keselamatan dunia dan akhirat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga Allah menjemput dtg ke kota Mekah utk mengerjakan Umrah atau pun Haji serta menziarahi makam baginda Nabi Muhammad SAW di Madinah walaupun hanya sekali.. aamiin yarabbalalamin..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: