PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

NURUL UBAIDA BT ABDUL LATIF

8 bulan yang lepas

ya allah limpahkan rezeki aku untul sentiasa bersedekah kepada warga emas lagi ya allah kau permudahkan urusan dunia mereka agar mereka dapat merealisasikan niat mereka...aamiin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

AINUL F.

8 bulan yang lepas

Semoga persatuan dan atok dan nenek semua dirahmati Allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Ya Allah, Kau ampuni lah dosa² mereka, Engkau permudahkan urusan mereka dunia dan akhirat. Andai pengakhiran mereka sudah tiba, permudahkan pemergian mereka, berilah mereka kematian yang husnul khotimah. Aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Smoga dprmudahkn sgla urusan anda

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Ya allah kau lapangkan Dan terangi lah kubur arwah Bapak ku TAJAB BIN MOHI, Lepas kan dia dari siksaan kubur dan api neraka.masuk kan arwah bapa ku ke syurga tanpa hisab tempat kan ia bersama para solehin..Dan panjang kan umur ibu ku…berikan ia kesihataan sempurna. Permudahkan lah urusan warga2 emas di rumah tumpangan ini. Dan permudahkan urusan rumah tumpangan ini dlm pengurusan warga2 emas 🤲

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Diberikan kesihatan untuk ibu bapa saya dan semua warga emas... Diberikan kebaikan didunia dan diakhirat serta dijauhkan dari api neraka..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: