PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga dimurahkan rezeki kesihatan dan dipertemukan jodoh

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Moga anak anak SPM 2008 cemerlang street A+ dan diberikan akal fikiran yang tajam utk menjawab soalan..aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga ayah saya Harin bin Mohd Nor di tempatkan dalam kalangan orang ysng beriman

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga dgn sumbgan saya yg x sebrapa ni dpt mghpus dosa ibu dan ayah dan trima Allah..dan pihak tuan d permudahkn sgala urusan.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Ya Allah...ampunkan lah segala dosa arwah ibu bapa kami, lapangkan lah kubur mereka, jauhkan lah mereka dr azab kubur dn bakaran api neraka...dn tempatkan lah roh mereka dikalangan para anbiya, para siddiqin dn para solihin..aamiin YRA

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga Di permudahkan segala urusan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: