PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

NOR AISHAH

8 bulan yang lepas

Ya Allah, permudahkan semua urusan Alif utk SPM 23, semoga dapat menjawab dgn baik, mendapat keputusan 9A, semoga dgn keputusan tsb menjadikan Alif hamba yg soleh lagi musleh.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

semoga kita semua dijauhi dri seksa neraka.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

8 bulan yang lepas

Semoga Allah permudahkan segala urusan umat Nabi Muhammad SAW di dunia & akhirat. Kehidupan didunia ini hanya sementara, semoga kita sama-sama mencari redha Allah dan mentaati perintahnya. Semoga semua umat Nabi Muhammad SAW mendapat pahala dari sedekah ini.Aamin Allahuma Aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORASHIKIN ZAINUDIN

8 bulan yang lepas

Didoakan semoga kesihatan diri saya dan semua yg membaca sentiasa sihat.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan kalian dan dimurahkan rezeki

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

8 bulan yang lepas

Bismillah, Ya Allah sampaukanlah pahala sedekah ini buat arwah ABDUL MUTTAALIB B. ABU BAKAR. Semoga Allah ampunkan dosa²nya, rahmati arwah di sana dan dimasukkan ke dalan syurga Allah tanpa hisab. Aamin🤲 Dan semoga segala urusan pusat Allah mudahkan..aamiin🤲

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: