PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

semoga nur shafiqah diberikan kesihantan yg baik,diberikan rezeki yg melimpah luah, dipermudahkan segala urusan dunia&akhirat aminn yrb 🤲🏻

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga rumah ihsan ini kekal supaya dapat membantu golongan seperti ini… amiin

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

JUNIADA BINTI ALI

2 minggu yang lepas

Semoga semua warga emas dan penghuni yg lain dapat tinggal di tempat yg selesa dan mendapat penjagaan yg terbaik. Aamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI SHAHARAH AZMAN

2 minggu yang lepas

Sy menyumbang di atas nama arwah ibu sy zainorini binti ismail.. Semoga dipermudahkan segala urusan persatuan kebajikan...

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga Allah permudahkan segala kerja dan urusan pihak pegurusan rumah kebajikan ini. Semoga Allah rahmati dan berkati kehidupan kita dunia dan akhirat. InshaAllah. Aaaminnn.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 minggu yang lepas

Semoga pihak pengurusan dapat Rezeki yang berpanjangan kerana membela nasib org2 yang tidak bernasib baik . Doakan saya Sekeluarga di berikan kesihatan yang baik, Diberikan Rezeki yang tidak putus dan saling berkasih sayang sehingga hujung hayat. Amin InsyaAllah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: