PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Semoga dengan infaq yang tidak seberapa ini dapat membantu meringankan pengurusan warga emas di sini dan berjaya mendapatkan penempatan ini secara sah. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

WAN AZMI WAN MANSOR

3 minggu yang lepas

Moga hidup para penjaga dan penghuni di Rumah Kebajikan Nur Ehsan sentiasa dicurahi rahmat Allah & dipenuhi dengan ketenangan, kesenangan & kebahagiaan, dan moga saya peroleh pekerjaan baru yang berganda lebih banyak gajinya supaya saya dapat memberi kehidupan yang amat selesa untuk anak saya, dapat membantu ibu saya & dapat bersedekah setiap bulan tanpa henti, Amin.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Semoga Allah tarik semua penyakit yg saya alami

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Moga Allah permudahkan semua urusan didunia dan akhirat mendapat jannatul firdaus tanpa azab tanpa hisab.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

BAHAYAH BT AZIZ

3 minggu yang lepas

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Assalamualaikum semua penghuni Nur Ehsan..moga diusia lanjut sebegini Allah ampunkan dosa2 kalian dan kalian diRahmati Dunia dan Akhirat.. AAMIIONN 3X YRA

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: