PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Doakan amanda sihat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Asslmualaikum sya berdoa semoga ibu-ibu yg tinggal dipusat jagaan ini sentiasa diberikan Allah kesihatan baik dan selalu sehat walafiat, sya juga memohon pertolongan doakan bapa sya yang sdg sakit di hospital supaya Allah sembuhkan semua penyakit bapa dan bapa kembali sehat dan sentiasa sehat walafiat dan dapat beramal ibadah semula seperti dulu-dulu amiinn3 yarabalalamin🤲🏼terima kasih doanya.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Doakan Saya diberi zuriat Dan diperluaskan rezeki seperti air zamzam yg terus mengalir,Bahagia bersama Suami hingga ke Jannah... Arwah mak arwah abah sy dibebaskan azab kubur & dimasukkan syurga Firdausi...Aaminnn

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOOR SALWANI BINTI ABD WAHAB

3 minggu yang lepas

sedekah untuk arwah ayah saya Abd Wahab bin Hanafiah moga Allah letakkan arwah ayah saya bersama para solihin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Semoga kita semua sentiasa dlm lindungan rahmat dan kasih sayang Allah Taala

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Mohon doakan sy & kita semua sihat & dimewahkan rezeki supaya dpt terus membantu yg memerlukan..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: