PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

RAZNIDA RAHIM RAHIM

1 hari yang lepas

Semoga roh arwah ayah saya, Rahim bin Md Sail tergolong dalam roh org yg beriman.... Aaminnn...

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 hari yang lepas

semoga anak saya Allah permudahkan dlm menghadapi SPM 2025 ni.. semoga berjaya mendapat 11A+ dan semoga Allah permudahkan rezeki dan urusan kami sekeluarga.. Aminnn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 hari yang lepas

semoga dengan sumbangan ini allah akan permudahkan segala urusan pusat kebajikan, dberi kecukupan untuk khidupan sharian.. semoga smua pyumbang dterima amal jariah oleh Allah swt dan Smoga akan ada rezeki yg lebih banyak lagi selepas ini.. Aamiin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 hari yang lepas

Semoga kempen yg dijalankan segera selesai dengan mndapat jumlah kutipan yg luar biasa. Doakan saya dipermudahkan urusan bersalin dan mendapat penempatan pekerjaan setelah selesai bersalin nanti. Semoga keluarga kecil saya dimewahkan rezeki yg tidak disangka2, rezeki yg memberi kebahagiaan, rezeki yg boleh dikongsikan dgn lebih ramai muslimin muslimat yg lebih memerlukan di seluruh dunia. Aamiin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORASHIKIN

2 hari yang lepas

Semoga ada pahala dlm sumbangan sedikit ini utk kedua ibubapa saya dan saya sekeluarga serta doakan kesihatan yg baik utk semua yg membaca dan mengaminkan doa ini.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 hari yang lepas

ikhlas atas nama allayarham hasan bin datolah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: