PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 hari yang lepas

Semoga Anak2 macik sentiasa mengingati macik dgn penuh kasih sayang

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

IDRIS MALINDO

2 hari yang lepas

Moga Allah pelihara semua warga emas di rumah kebajikan ini di beri kesihatan yg baik. Bila tengok rumah kebajikan warga emas ini saya teringat kepada arwah mak Dan ayah saya.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 hari yang lepas

Semoga Anak2 macik sentiasa mengingati macik dgn penuh kasih sayang

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 hari yang lepas

Ampunkan dosaku, dosa isteri n anakku serta kedua org tuaku. Permudahkan rezeki perniagaanku ya Rabb

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 hari yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan penghuni2 rumah Nurehsan,dilindungi,dilapangkan, diluaskan, dikurniakan rezeki yg bnyk..Semoga dgn sumbngn kcil saya ini dilimphkan pahala buat saya,suami,anak,ibubapa saya,ibubapa mertua,tok2 & tokwan2..Doakn juga utk saya keberkatan rezeki yg luas dan lapang supaya saya dapt mnyumbng lbh bnyk lg pada agama,bangsa & negara..Aamiin3 YRA 🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 hari yang lepas

Semoga roh Allahyarham Martin Helander ditempatkan di antara mereka yang beriman dan amal solih, dan Rahimahullah dikurniakan Allah azza Wajalla Jannatul Firdaus. Aamiin ya RabbalA’lamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: