Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.
Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :
1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.
2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.
3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.
4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.
PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.
Hamba Allah
Semoga pahala sedekah sampai kepada arwah ibu(Ropiah@che yom Binti Rejab).Arwah bapa(Othman Bin Majid).Diangkat siksa kubur mereka,haramkan api neraka buat mereka dan satukan kami sekeluaga di syurga firdausmu ya Allah.Doakan sy dan suami diberi zuriat sendiri,diampun segala dosa,amal ibadah diterima,permudahkan urusan dunia akhirat,diberi syurga firdaus dan haramkanlah api neraka.Aamin
0 orang mengaminkan doa ini
HAMBA ALLAH
doakan saya dan keluarga saya serta umat islam di muka bumi ini , sebelum meninggal dunia , dapat menyelesaikan segala hutang manusia dan hutang dengan pemilik dunia ini iaitu Allah SWT , doakan kami dijauhkan daripada api neraka Allah , dijauhkan daripada percikan api neraka Allah , sebelum kami meninggal tiada lagi dosa dengan manusia dan kepada pemilik dunia ini , agar mati dalam keadaan tenang
0 orang mengaminkan doa ini