PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Matikan aku dalam islam, matikan aku dalam husnul khatimah, matikan aku dalam keadaan sempat bertaubat, masukkan aku ke dalam syurga tanpa azab dan hisab, bersama kedua ibu bapaku, keluargaku, guru guru ku, uma muslimin dan muslimat. Berikan aku mati syahid dan berjuang bersama imam mahdi dan nabi isa

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Semoga sentiasa dalam rahmat peliharaan & kasih sayang Allah Yang Maha Esa. Semoga dipermudahkan segala urusan rezeki yang halal untuk terus istiqamah dalam beramal solleh dab bersedekah. InSyaAllah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ROZILA BINTI AHMAD BINTI AHMAD

3 minggu yang lepas

Ya Allah Kurniakan syurga firdaus buat kedua dua ibu ayah kami Halijah Binti Mohd dan Ahmad bin yunus. Semoga arwah ibu ayah bersama2 di syurga..Aamiin yra.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Yaa Allah... Ampunilah Dosa²ku, Suamiku,Ibu Bapaku, Kedua Mertuaku, Anak Menantuku, Cucu²ku Dan Keturunan ku,Permudahkanlah Segala Urusan Dunia Dan Akhirat Kami.Hindarilah Kami Dari Azab Api Neraka Aamiin Yaa Rabb.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Semoga diriku,ibubapaku,keluarga ,anak cucit keturunanku diampunkan dosa,dikumpulkan bersama,dimasukkan ke jannah tanpa hisab.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SITI NUR

3 minggu yang lepas

Semoga Allah(swt) menjaga hanba2 nya yang uzur dan tidak berupaya. Amin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: