PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

ARWAH NENEK DAN ATUK

2 hari yang lepas

Semoga sedekah ini dapat membantu warga Nur Ehsan.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ARWAH NENEK DAN ATUK

2 hari yang lepas

Semoga sedekah ini dapat membantu warga Nur Ehsan. Sedekah ini diberikan atas nama arwah nenek dan arwah atuk saya.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 hari yang lepas

Salam, doakan permulaan bisnes sy dan suami ni untuk bangkit semula dipermudahkan dan berjaya. Niat sy jika berjaya sy nk beri lebih sumbangan kpd yg memerlukan dan jika diizinkan Allah jika Allah beri rezeki kpd sy, sy nk buka kedai makan free utk org ramai spt founder ayam bismi buat. Semoga pahal ini terus mengalir dan menjadi pahala buat sy kelak. Aminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 hari yang lepas

Semoga menjadi pahala berpanjangan buat arwah Wan,atuk,Opah dan atok serta diri sendiri dan orang2 tersayang🤍

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 hari yang lepas

Semoga sedekah ini dapat membantu pusat jagaan dan semoga amal yang sedikit ini sampai kpd ibu ayah sy yang telah meninggal..amin ya rabbal alamin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 hari yang lepas

Semoga Allah merahmati ibu2 didalam NurEhsan ini, semoga Allah permudahkan urusan, dan datang kan perkara yg baik2 saja kpd seluruh penjaga / pengurus ibu2 di rumah NurEhsan ini...amiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: