PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

NORIAH BINTI MOHD ALI

10 bulan yang lepas

Doakan mak sy (Noriah Mohd Ali) sht, dijauhi segala penyakit & dimurahkan rezeki ' Aminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORSHAMLELAWATI BINTI SALLEHUDDIN

10 bulan yang lepas

Doakan saya Norshamlelawati disihatkan tubuh badan & dimurahkan rezeki ' Aminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Ya Allah permudahkanlah , bantu dan berkatilh kehidupan warga tua ini

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Sahaja aku hadiah kan dan korban kan wang ini untuk rumah kebajikan ini begitu juga dunia dan akhirat kerana Allah Ta’ala… Amin insyallah 🤲🏼

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

10 bulan yang lepas

Semoga hajat sy tercapai unt menjadi org kaya yg beriman dan mmbantu org yg susah. AMIN..Serta bhgia bsama suami dan ank3 serta kluarga..Aminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

10 bulan yang lepas

Ampuni dosa2 kami, kurniakan kemenangan kepada kaum Palestine, kekalkan hati2 kami istiqomah menegakkan agama Islam dan lindungi kami dari segala bahaya zahir dan bathin. Kesihatan yang baik kehidupan yang berjaya dunia akhirat amin rba Ya Rahman Ya Rahim Ya Mujib

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: