PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat, Dan minta jasa baik tuan puan doakan saya juga dipermudahkan urusan Dan sentiasa berjihad di Jalan Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Ya Allah berkatilah segala usaha yang murni ini. Mudahkan segala urusan kami untuk menyantuni penghuni pusat ini. Ya Allah rahmati & beri redhaMu kepada pihak pengurusan, penghuni pusat ini serta semua muslimin & muslimat. Jika ada pahala kepadaku, berilah pahala yang sama juga kepada kedua ibu-bapaku, ampunkan dosa & tingkatkan darjat mereka ya Rabb. Aamiin ya Rabb ❤️❤️❤️

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Ya Allah, Engkau berkatilah segala usaha Pusat ini untuk menyantungi warga emas yang berlindung di sini. Mudahkan segala usaha & rahmati mereka. Ya Allah berikan keredhaanMu kepada pegusaha Pusat ini, penghuninya serta seluruh muslimin & muslimat. Jika ada pahala bagiku, berikan pahala yang sama kepada kedua ibu-bapaku jua ya Rabb. Aamiin ya Rabb ❤️❤️❤️

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

semoga pihak pengurusan dan warga sentiasa dalam rahmat Allah.. amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HASRI BIN ABDAN

3 minggu yang lepas

Doakan saya sihat dapat melakukan ibadah dengan baik, bekerja untuk sara diri dan tanggungan saya juga dapat bersedekah kepada yang memerlukan, aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

3 minggu yang lepas

Ya Allah permudahkan segala urusan umat Islam walau dimAna mereka berada. Tetaplah aqidah kami semua bertauhidkan Mu sampai kami mati.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: