PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ampunkan segala dosa2 emak saya,tempatkan dia disyurgamu ya Allah,dan sentiasa permudahkan urusan saya serta didunia dan akhirat ,murahkanlah rezeki kami yang berlimpah ruah ya Allah kepada kami semua ...Amin

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga kita semua, seluruh keluarga dan sahabat2 sentiasa mendapat redha Allah S.W.T, diberikan kesihatan yg baik dan dilimpahkan dgn rezeki yg barokah.. Jadi org yg soleh/ Solehah, Selamat dunia akhirat.. Aamin..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ARIANI HUSAIN

2 tahun yang lepas

Ya Allah..aku mohon Kau berkatilah dan redhailah ke atas hidup ibu ayahku, suamiku, anak-anakku, adik beradikku dan seluruh umat Nabi Muhammad SAW. Limpahruahkan rezeki buat kami semua ya Rabb 💚💚💚

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga semua dikurniakan kehidupan yg baik..semoga allah menerima sedekah yg xsebesar mne ni..n yg mberii diberi kesihatan yg baik n rezeki tanpa putus2.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,Engkau ampunilah dosa2 kami Ya Allah,Engkau sembuhkanlah segala penyakit kami tanpa meninggalkan kecacatan sedikit pun pd diri kami Ya Allah,Engkau bukalah segala pintu2 rezeki kami Ya Allah,Engkau murahkan rezeki kami dgn rezeki yang halal dan diberkati OlehMu Ya Allah,Engkau permudahkan segala urusan kami Ya Allah,Engkau hadirkan orang yg baik2 dlm hidup kami Ya Allah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RUBINAH ZAINUDIN

2 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Mujib, Ampunkanlah dosa2 kami, sentiasa murah rezeki, dikekalkn Iman, taqwa, kesihatan, umur yg diberkati & sentiasa dlm redha Nya.. moga Allah makbulkan doa2 kita semua..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: