PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

HAMBAALLAH

2 tahun yang lepas

Semoga diberi kesembuhan dari segala penyakit dan kesihatan yang baik dan diberkati dunia akhirat olehNya.. Aamiin

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

PAZIHAH GHANI

2 tahun yang lepas

semoga bertambah sihat penghuni2 di sana..sentiasa dimurahkan rezeki..mohon doakan kesembuhan buat bapa,adik saya diberikan kesembuhan dari penyakit kanser.. Abd Ghani bin md Arof & phashitah bt ab Ghani..terima kasih

Anda dan 4 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, bimbinglah diriku , suamiku Dan anak2 ku semoga sentiasa berada di atas Jalan Mu Dan mudahkanlah urusan warga emas Nur Ehsan Dan pengurusannya.

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya Mastura Bt Masri dilimpahkan rezeki, dibukakan segala pintu rezeki, dimajukan dlm perniagaan. Doakan perniagaan sy berjaya dan dapat bantu lebih banyak lagi utk semua yg memerlukan.. Aaaminnn

Anda dan 3 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MOHD NASRUDDIN BIN OTHMAN

2 tahun yang lepas

Doakan saya agar sembuh dari sakit kanser,semoga Allah membalas segala kebaikan anda semua InsyaAllah Aamin3x

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZURIATI ABDUL RAHIM

2 tahun yang lepas

Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga,permudahkan kami membayar segala hutang,lariskanlah jualan kami setiap hari.tetap dan teguhkan iman kami sekeluarga solat lima waktu tak tinggal.dan matikanlah kami dalam Husnul Khatimah dan sembuhkanlah makayah dan cikaboh dari segala penyakit.aminn.

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: