PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan sy dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah. Utk mak abah sentiasa dibawah rahmat dan lindunganNya. Dan jualan buku sy sentiasa laris supaya sy dapat membantu lebih ramai org lagi.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZURIA ZAEDAH BINTI ZAINAL ABIDIN

2 tahun yang lepas

Mohon Allah permudahkan segala urusan,diberkati dan dirahmati hidup kami sekeluarga dunia akhirat....Aamiin..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga saya sekeluarga selamat di dunia dan akhirat.. terima kasih..

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Limpahilah rahmat dan kasih sayangMu buat warga2 emas penghuni rumah ini. Kurniakan kesihatan yg baik buat mereka agar mudah mereka beramal ibadah dan permudahkan segala urusan persatuan dalam mengumpulkan dana untuk pembelian rumah utk warga emas ini. Gadirkan penyumbang yg ramai utk menyumbang di dalam tabung sumbangan ini. Aami

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga saya dan suami diberikan zuriat, diberikan kesihatan yang sihat,rezeki yg secukup2nya untuk melunaskan segala hutang piutang dan dapat membantu ramai orang yang memerlukan.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya dapat jodoh.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: